maricaridisini photo maricaridisini.png

Kamis, 03 April 2014

Sejarah "Tali" selama peradaban manusia



Tali adalah seutas serat, dipilin atau dianyam bersama untuk meningkatkan kekuatan bagi menarik dan menyambung. Ia mempunyai kekuatan tegangan tetapi terlalu lentur untuk memberikan kekuatan mampatan (contohnya, ia boleh digunakan bagi menarik, bukan menolak). Tali lebih tebal dan kukuh berbanding benang, atau akar. Bahan yang biasa digunakan bagi menghasilkan tali termasuk serat semula jadi seperti gentian Manila, hem, linen, kapas, sabut, jut dan sisal. Serat buatan dalam penghasilan tali termasuklah polipropilena, nilon, poliester (contoh. PET, Vectran), polietilena (contoh. Spectra) dan Aramid (contoh. Twaron, Technora dan Kevlar). Sesetengah tali dihasilkan melalui campuran beberapa serat atau menggunakan serat ko-polimer. Tali juga boleh dibuat dari serat logam. Selain itu, tali juga telah dihasilkan dari bahan berserat seperti sutera, bulu biri-biri, dan rambut, tetapi tali sedemikian tidak didapati secara meluas. Rayon merupakan serat dikitar yang digunakan bagi menghasilkan tali hiasan.
Tali adalah amat penting dalam bidang seperti pembinaan, pelautan, pengembaraan, sukan dan perhubungan dan semenjak zaman prasejarah lagi. Untuk mengikat tali, sejumlah besar simpulan telah direka bagi pelbagai kegunaan. Takal telah digunakan bagi mengarah kuasa tarikan ke arah lain, dan mungkin telah digunakan bagi mencipta kelebihan mekanikal, membenarkan beberapa utas tali bagi berkongsi beban dan menggandakan kekuatan yang diberikan pada hujungnya. Win dan kapstanpula merupakan mesin yang direka untuk menarik tali.
Penggunaan tali bagi memburu, menghela, mengikat, menyambung, membawa, mengangkat, dan memanjat bermula sejak zaman purba dan sentiasa penting bagi kemajuan teknologi manusia. Kemungkinannya "tali " terawal adalah gentian tumbuhan sedia ada, seperti pokok memanjat, diikuti selepasnya dengan cubaan pertama
memilin dan menganyam beberapa utasan untuk membentuk tali sebenar dalam erti kata moden. Cebisan fossil kemungkinannya "dua pilin talin sepanjang sekitar 7 mm diameter" dijumpai di gua Lascaux, bertarikh dari sekitar 17,000 Sebelum Masihi.[1]
Kemungkinannya orang-orang Mesir Purba merupakan tamadun pertama yang memajukan perkakasan khas bagi menghasilkan tali. Tali Mesir bertarikh dari 4000 hingga 3500 S.M. dan biasanya dihasilkan dari gentian rumput reed air (water reed fibers). Tali lain di masa lalu dihasilkan dari gentian pokok tamar, flax, rumput,papirus, kulit, atau rambut haiwan. Kegunaan tali sedemikian yang dihela oleh beribu pekerja membenarkan Mesir mengalih batu berat yang diperlukan bagi membina mercu tanda mereka. Bermula dari sekitar 2800 S.M., talu yang dihasilkan dari gentian hemp digunakan di China. Tali dan seni menghasilkan tali tersebar sepanjang Asia, India, dan Eropah selama beberapa ribu tahun berikutnya.
Pada Zaman Pertengahan (dari kurun ke tiga belas sehingga kurun ke lapan belas), dari Kepulauan British sehingga ke Itali, tali dibina dalam bentuk yang dikenali sebagai jalan tali, bangunan yang sangat panjang di mana untaian tali sepanjangnya diregangkan dan ditindan (laid up) atau dijalin untuk membentuk tali. Panjang kabel dengan itu ditetapkan oleh panjang bangunan jalan tali. Ini berkait dengan unit panjang yang diistilahkan sebagai panjang kabel. Ini membenarkan tali panjang sehingga 300 ela atau lebih dihasilkan. Tali pendek tidak berguna di kapal tinggi yang memerlukan tali yang panjang, berukur lilit sekata, dan kukuh. Talu pendek memerlukan sambungan untuk memanjangkannya. Bentuk sambungan terkukuh adalah sambungan pendek, yang menggandakan ukur lilit tali pada kawasan sambungan. Ini akan menimbulkan masaalah dalam perkakasan rig seperti takal dan gelendong.
Leonardo da Vinci melakar konsep mesin pembuat tali, tetapi sebagaimana kebanyakan ciptaannya, ia tidak pernah dibina. Walaubagaimanapun, pencapaian pembinaannya yang menakjubkan dicapai tanpa menggunakan teknologi maju: Pada 1586, Domenico Fontana menegakkan obelisk 327 tan di Medan Saint Peter, Rom dengan usaha bersama 900 orang, 75 kuda, dan jumlah takal yang tidak terbilang dan bermeter tali. Menjelang akhir 1700-an beberapa mesin yang boleh digunakan telah dibina dan dipaten.

Sumber : Wikipedia


Tidak ada komentar:

Posting Komentar